THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 15

i. miss. him.

Assalamualaikum and mornight.
hmm.
seperti hari hari biasa tadi pun nenek aku bercerita pasal atok aku,
bercerita bagaimana sayangnya dia dkt cucu2, 
pengorbanannya and.. everything.
mendengar sambil tahan sebak.
i know you are one in million grandpa.

kalau kira2 harini dah lebih 40 hari dia pergi bertemu Maha Pencipta.

time flies so fast.

aku rasa nak bercerita kisah perjalanan kitorang tahun ni macam mana pulak.

bermula bulan 3, atok aku, called as tok abi, rasa sakit2. 
then pergi hospital. kanser perut. dah peringkat 3.  
dalam bulan 5 gitu operation.
habis operation wayar wayar kat badan memang tak yah cakap lah banyak nya.
dan dia makin kurus, that hurts me.
dan sepanjang cuti sek tu aku stay kelantan jaga atok 

and one night aku jaga dia, time tu semua orang dah tidur.
dengan menahan kesakitan dia cakap 
"sian kakak kena jaga tok abi.." 
and seriously air mata aku nak banjir time tu juga, 
tapi tahan je, kena kuat.
my atok is not someone that express his feelings. 
so when he did it, i'm touched.

after few days duduk kat wad 30, dia dipindahkan ke wad 10.
kiranya wad ni macam dah okay ah sikit.

and first night dia masuk wad tu, turn aku yang jaga.
paginya dia cerita malam tu dia nampak macam paderi ah gitu datang ajak dia masuk kristian, then dia baca2 doa, benda tu pergi. dan dia cakap tu tanda2 orang nak mati lah. syaitan cuba tarik keluar islam. 
i felt something. itu tanda pertama.
tapi pagi tu tengok dia Alhamdulillah makin sihat, selera makan, boleh bergurau lagi.
kiranya sepanjang dia dirawat, time dekat wad 10 lah wad paling happy bagi dia dan kitorang.

then kena pindah lagi wad mahsuri.

sepanjang tok abi sakit ibu setiap minggu balik kelantan.

sampailah suatu hari kitorang dikejutkan berita tok abi makin sakit pulak.
time tu buat video call, Allah je tahu betapa sakitnya aku tgk keadaan dia.
dan tanda2 dekat yang lain dah nampak. mata dia selalu tengok atas.
ibu cakap dia selalu tgk atas sbb dia rasa ada benda perhatikan dia.
time tu, jantung aku terbehenti kejap. that hurts me. a lot.
is my loving, caring, cheerful grandpa will leave me soon?

esoknya pulak dapat call dia dah masuk icu, 
lagilah kitorg semua packing barang terus balik kel.
time tu aku terus skip sek seminggu.

balik tengok dkt icu, kebanyakkan tanda2 kematian dah nampak.
aku mula belajar menerima. 

kanser dah peringkat 4. dah sampai jantung.

time dkt icu, kitorang tak putus putus baca yaasin dan alquran sebelah tok abi.
memang icu pelawat tk boleh masuk, 
but are we going to listen the nurses nag when our beloved person dying there?
heh.

hari kedua dalam icu, time pukul 4 pagi tk silap,
tok abi buat request nak ustaz halim datang sekarang.
ustaz halim ni dia terror berubat lah and dia besan atok.

pagi tu datang dan rasa nadi tok abi dah longgar, 
dia suruh kumpul semua adik beradik secepat mungkin.
aku yg tgh tidur terdengar diorang berbual terbangun dan.. terima. 
redha , ini ketentuan Dia.

hari ketiga, dia mintak macam2.
macam2 dia nak makan. nurse memang tak bagi 
sebab tok abi kena puasa.
tapi kitorang tahu dia nak pergi, 
so why not make him happy while we can right.
apa yg dia mintak semua ditunaikan

esoknya, dia dah tak boleh cakap. lidah dah pendek.
virus dah serang otak.
ya Allah.
nenek aku tak boleh menerima lagi, she's not strong enough.
so adalah beberapa agenda drama dalam icu tu~

sungguh, sakit yang paling derita di dunia ialah mati.
sakit mati diibaratkan macam pedang dicucuk 300 kali kat badan.
tak sanggup aku tengok tok abi mengalami fasa tu.
terseksa weh bila roh nak keluar.

 third july , he left.
cukup 9 orang anak ada time tu.
dan mak atok aku pun ada sekali. ye moyang aku ;)
part diorang berdua tu memang sedih.
aku dengan si akif tu beria nangis tengok diorang.
memang syahdu lah time tu.
tok abi AMAT menyayangi mak nya.
he will do anything for her.

Alhamdulillah aku rasa aku dah kuat time dia pergi.
nenek aku pun. dia dah kuat sangat.
kitorang satu family redha.

tok abi pernah cakap kalau dia mati, dia nak dikebumikan kat pondok pasir tumbuh.
dimana sebenarnya tempat tu warga pondok je boleh.
tapi Alhamdulillah Allah dah tentukan, tok abi dapat dikebumikan di 
tengah tengah kawasan pondok pasir tumbuh.
dimana bebas dari muzik, 
dan tak putus2 dengan alunan zikir dan alquran.
dan tempat tu hanya tok guru je boleh dikebumikan sepatutnya.
Allah Maha Penyayang.
ini lebih dari apa yang diminta. syukur.

time solat jenazah, ramai gila yang solatkan. seriously ramai. around 100 people.
dan time solat tu ada bau wangi gila.
Allahuakhbar!

time nak kebumikan pun, aku tiba2 bau wangi.
tak pernah bau pun wangi macam tu.
dan tatkala bau wangi tu makin kuat semua kecoh.

time gali kubur pun tengok lubang kubur kecik je, 
kitorang dah risau muat ke arwah.
sebab tengok kaki panjang.
tapi bila masuk lubang kubur tu lagi panjang dari mayat.
satu lagi tanda kebesaran Allah.

bila timbus kubur, tanah yang digali tadi pun lebih banyak.

tell you what, ni first time aku tengok sendiri tanda Allah muliakan seseorang selepas dia mati.
sungguh, Allah Maha Besar.

kami bersedih, ya.
tapi bila tengok tok abi pergi dengan keadaan memang dah elok, bagus sangat, 
kitorang bersyukur, redha.
he deserves it.

sometimes aku terfikir apa amalan tok abi buat sampai Allah muliakan dia macam tu.
aku rasa mungkin sebab tok abi selalu pergi masjid.
hmm.
dan aku yakin sebab dia banyak bersabar,
dia banyak sangat bersabar.
walau macam mana pun dia kena, sabar.
mungkin tu kunci dia.

back then, i still remember watching merlin together with him. 
he loves merlin. we love merlin.
dan dia selalu join aku tgk cerite korea sama2.
 kadang2 dia yang dah tahu dulu cerita tu, dia yang ceritakan balik mana yg aku tak tahu.
i miss him. critically.

he's the best grandpa ever. 
i cant thank him enough.

dengan kasih sayang yang mendalam, aku janji akan belajar rajin2 sebab dia tak suka cucu dia skip sek.
dan aku akan jaga nenek aku sebaiknya. thats my promise.

semoga arwah abdul rashid yussof ditempatkan 
di kalangan orang orang beriman dan diredhai Allah.
al Fatihah.



 o


when she's talking!

0 bdk baek yg amatt: