THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 29

Solat Sunnat Istikharah


Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


when she's talking!

Terima Kasih , Ya Allah =)

hello dude =)
FINALLY I MADE IT !
that unforgettable sweet moment.
9A, you're mine now.

Alhamdulillah.
thank you my Lord.
dah terbukti Allah takkan sesekali sia siakan hamba-Nya
segala penat letih lelah susah payah mencari ilmu, its paid now.


and congrats to 2012 PMRians.
you did the best for the exam.
segala result yang diterima, haruslah disyukuri.
jangan kufur nikmat. 


hampir nangis bila mengenangkan semua yang berlaku pada 2012 ni.
masa berlalu memang pantas.

and i'm so thankful for every secs.

now, buku baru harus dibuka.
buku lama disimpan elok di dalam hati.
i have to move on.

keputusan yang amat memerlukan solat istikharah.
where to go.

tapi ke mana jauh pun kita pergi, kita still jawab kertas spm yang sama.
ilmu ada di mana mana.

but now, i need my time.
think all over again.
later then.




when she's talking!

Sunday, November 11

Batch 16 , form 3 , SMIH .




when she's talking!

my inspire all this time , istiq =)


Thanks.
tu je yang aku boleh cakap.
thanks for all this time.
tak terungkap segalanya.
once in a lifetime experience.
and it was awesome being a form 3 student.

3 istiq. 
you , i , and they.
we meet.
we build the memories.
we cherish the class.
we learn the life.
we create the experience.

tahun ni banyak ujian datang bertimpa timpa.
and i stay strong. keep strong.
cause you, my inspire , istiq always here.
reason kenapa aku sentiasa bangkit setelah jatuh banyak kali,
having such a great friends , with a magnificent class, and  awesome memories.
apa lagi yang diperlukan untuk terus kekal berjuang? perfect enough.

tiada pertemuan tanpa perpisahan.
hari yang indah senyuman pertama bermula sebagai pelajar istiq.
dan hari hari seterusnya begitu juga, 
dipenuhi gelak tawa. penuh cerita. penuh perasaan.
sehingga lah hari ini . kami tetap menyerlah.

duhh.. tak tahu nak cakap apa dah.
tak tahu macam mana lagi nak spill out all the feelings.
its just awesome . awesome enough.
tahan sebak je ni. hey, jangan risau lah nanti jumpa lagi kan.
ok ok dah. nanti jumpa lagi punya. 
be tough. stay strong ! 






 you know i'll  miss you =)






thanks hadziq z. for being a very great leader. you are the best!
thanks also to sa'don as a cool assistant.
and istiq , gempakzzz la korang !




when she's talking!

Monday, September 17

Assalamualaikum =)

dah lama tak buka blog la. 
rindu ~
today is the last day of syawal
cukup sebulan johor raya. 
and bila dah cukup sebulan ni la nak masukkan gambar. 
secara keseluruhannya every weekend mesti ada je openhouse.

and i'm so busy antara raya dan pmr. 
tapi biarlah.
raya form 3 ni sekali je seumur hidup.

here some pics ;

  beraya di kampung .





start beraya di jb. 
ahad minggu kedua raya ;







ahad minggu ke 3 raya; 








ahaa. awesome friends~

tahun ni cukup sebulan aku raya. 
every weekend memang ada je kumpul sama sama pergi beraya. 
cool ok~

ni anis kacau aku. lulzz. apa msg  nk tunjuk ah, lupe dah. 


  and...here PMR kid..
 ready for pecutan terakhir sebelum PMR .



when she's talking!

Saturday, July 21

a pmr candidate life .

Assalamualaikum . its Ramadhan again =)
Alhamdulillah kita masih sempat jumpa ramadhan kali ini. 
Ramadhan, the time is Blessed, the time we love best.


jum kita awesome kan ramadhan kita kali ni dengan superb amal ibadah !


                                                           ***


now, life aku makin busy.
pagi keluar rumah then sampai sekolah study and study then extra class then balik rumah jap.
after that, tusyen pulak. 
lebih kurang dalam pukul 11 malam gitu baru boleh bernafas dengan betul. huhh..
tu lah rutin pmr candidate. 
tu belum kira studython, studygroup , segala jenis bengkel lagi. fuhh.. so pack.


setiap hari tidur dengan buku tu dah kira perkara normal. eh tak memang setiap hari aku akan tidur dengan buku. lepas baca letak tepi je . tak de masa nak susun buku elok2. mmg bertimbun gila la. kalau nk ambil buku kat bawah sekali memang semua buku akan jatuh. lolll.


tapi to get more, we must give more right. so its worth la segala penat letih for better result.

hey kata nak amik pmr tahun ni kan? so be tough la. 


tapi pmr pmr pun, kita punya ramadhan jangan lupa k. 
grab the chance while you can.


                        verily in remembrance of Allah do hearts find rest.



later then .





when she's talking!

Saturday, May 26

Assalamualaikum =)
its holiday again . 
sem break .
ni aku buat post sbb kalau tk buat skrg tk tahu la zaman jepun bila nnt baru update . 
malam ni balik kampung . 
esok celebrate nenek aku punya birthday . cool .
sure happening . 
nk bagi hadiah ke tak eh ?
takkan la aku cucu first tk bagi hadiah . 
oh ye , aku ni penghulu segala cucu belah mak =)
aku ni anak first , ank sedara first , the oldest grandchild, 
cousin paling besar and banyak lg la title aku pegang .
dan tanggungjawab aku amatlah besar . 
semua org akan expect aku berjaya dulu bg contoh dkt adik2 yg lain .
hmm... tak tahu lah in future aku jadi macam mana .
jadi apa , dengan siapa , hidup aman ke tak.. 


People change. Feelings fade. Lovers drift. Friends leave. Friends become enemies. Lovers become strangers. You'’ll be judged. Life Goes On .


bila dlm bas balik sek mesti bas tu akan memekak dgn hitz live . 
and that time aku akn pandang luar layan hitz live sambil review balik hari hari gila menggila aku.
and last sekali aku akn senyum sorg2 pikir mcm2 benda jadi kt sekolah .
haishh.. school days . 


oh skrg ni tiba2 aku teringat ape PY anis ckp .
"kalau aku jadi banin kelas korg , sorg2 aku sepak"
hahaha. banin kelas aku ngadu pasal kitorg ke ?
nnt la aku tanya die kt twitter. 
gaya macam kitorg ni buli banin je . 

oh lupa, diorg kan mmg kuat ngadu . haha.
berebut kipas punya pasal pun nk ngadu kt ustzah .
tapi aku mcm perasan sejak aku tweet pasal kipas dkt meja aku,
diorg dh tk memekak nk kipas lg dh . 
insaf ape?
and aku pn sebagai penjaga kipas ,
bila diorg dh tk berebut, so aku dgn rela hati share share .
fair and square .


**************************
and skrg ni hidup aku pasal kena complain .
aiseyman. 
tak, yg masalah nya sekarang kalau kena 
complain pasal benda betul tak pe la juga .
ni aku tk buat langsung pn kena . ape kes?
standard la tu mulut orang . ada je tk puas hati .
bila tk dpt nk cari salah org , mula la nk reka cerita then nk bising2 kt org lain.


yg paling aku tk blh terima , die nk libatkan kawan2 aku .
nk ckp la yg budak2 ni jahat . 
eshh . kalau mmg dengki sgt , complain je la psl aku .
jangan nk libat kn kawan2 aku . biar la aku sorg yg kena.


opps . terluah perasan kat sini pulak . public bhaii~  sorry . 







when she's talking!