Friday, December 3
m0t!vat!on s0ng$
see ya! .nusha. tepat pada 12:20 PM 0 bdk baek yg amatt
tgh agk fruasted,,
soe,,
cber try dgr lagu ni,,
best,,
teringat kengkawan lmer,,
nice song for the nice person,,,,
see ya! .nusha. tepat pada 12:28 AM 0 bdk baek yg amatt
Saturday, October 2
sh0wd0wn!
aritu ade showdown final,,
see ya! .nusha. tepat pada 12:04 PM 0 bdk baek yg amatt
Saturday, September 25
watch it,,
best ak,,
see ya! .nusha. tepat pada 8:36 PM 0 bdk baek yg amatt
Thursday, September 16
the story
tadi tgh surfing internet,, bukak sner la, bukak sini lar,, pastu terjumper citer ni,, bcer ar,,

Bergelar Achu di usia muda. Memang tak rock betul anak buah aku tu. Panggil je lah aku kakak. Disebabkan perasaan ingin tahu di usia tu membuak-buak, banyak kali jugak aku jadikan anak buah aku tu bahan eksperimen. Mati aku kalau kakak aku tahu. Huhu.


Aku yang dah pandai bawak basikal kayuh lah dengan senang hati. Tapi, paham-paham jelah. Dah nama pun lepas raya. Ada ke orang Melayu yang nak bukak kedai? Diorang pun tak habis lagi makan daging korban. Aku ronda 3-4 kedai yang aku selalu pergi, semua tutup. Kedai cina pulak bukak tengah hari, lambat sangat.
Aku pun main pusing-pusing basikal aku dekat area kedai tu banyak kali. Lama-lama macam bosan. Terus aku dah malas nak tunggu, aku pun nekad nak balik rumah je. Jalan yang aku lalu tu agak sunyi, tambah-tambah time cuti. Siapa orang kampung aku tahu lah jalan yang ada titi kecik nak lalu ke sekolah agama rakyat tu. Waktu tu, di lorong yang sunyi dan panjang tu, cuma ada basikal aku yang mengayuh nak habiskan sisa-sisa jalan. Dan tak lama lepas tu, terdengar bunyi motosikal yang macam slow motion dari belakang.
Sejak aku pusing-pusing dekat kedai tadi aku macam dah terperasan ada 1 motor ni macam mundar mandir. Ah,pedulikan jelah. Saat motor kedengaran makin hampir, tiba-tiba ada suara garau memanggil, "adik!" Aku pun menoleh, dalam sekelip mata, dia tarik rantai aku dan tolak aku jatuh dalam semak. Dalam 3saat je kejadian tu berlaku. Motor tu terus bawak laju macam pelesit. Dah tak ada slow motion macam tadi. Aku terpana dan terkesima. Bingung sekejap memikirkan apa yang dah terjadi kat aku tadi.
Ya, aku diragut. Sakit direntap rantai kat leher, ditambah dengan ditolak dalam semak, ditambah lagi dengan basikal yang menghempap, Tuhan je yang tahu sakitnya waktu tu. Tapi aku tak menangis. Sebab aku masih bingung atau dalam erti kata lain blur. Duit yang nak beli roti tu pun dah berterabur kat atas jalan.

Lepas tu, buatlah laporan polis dan tunggu segala prosuder jadah. Dalam seminggu kot, aku dipanggil ke balai untuk buat kawad cam. Apa yang lekat dalam ingatan aku, peragut tu mempunyai suara garau dan muka hitam bersama senyuman yang menakutkan dan menunggang motor kapcai cabuk jenama apa entah. Masa disuruh kawad cam, semua lelaki yang ada hitam-hitam belaka. Macam mana nak tentukan? Aku cuma berumur 9 tahun masa tu. So, aku cuma geleng kepala untuk kesemua muka penjenayah yang mungkin salah seorangnya adalah peragut rantai emas ku.
Sejak kejadian bangang tu, aku dah tak pernah pakai barang kemas sampai sekarang. Mak aku pernah bagi aku pakai zhullian, tu pun sekejap je. Nampaknya, aku kena menunggu mas kawin suami aku je untuk beli barang kemas.
Dan yang paling menginsafkan, aku terus pakai tudung start darjah 3, yakni, lepas kejadian tu. Pakai tudung walau ke mana jua aku pergi. Tak bukak-bukak dah. Memang insaf betul dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Sampai sekarang, aku sangat suspen melihat lelaki hitam dalam kampung ni. Sebabnya aku pasti, salah seorang dari yang hitam tu dah sedap-sedap dapat duit sebab jual rantai emas aku bersama buah rantai yang berhuruf K tu. Kau memang kejam terhadap kanak-kanak wahai peragut.

Tak pula ku sangka, dia akan pergi selepas koma seminggu disebabkan jatuh di bilik air dan kepala terhentak kuat. Waktu tu aku di asrama. Meraung-raung aku sebab tak sempat berjumpa arwah buat kali terakhir. Dan tak sempat aku memohon maaf darinya atas sikap-sikap kasarku selama ini. Lepas arwah meninggal, Mak ada cakap "Tak apalah Tuhan tarik nyawa dia awal. Ada hikmahnya. Kalau dia dah besar nanti dan mak pun dah tak ada, bukan ada adik beradik yang sanggup jaga dia dalam keadaan dia macam tu."

see ya! .nusha. tepat pada 8:54 PM 0 bdk baek yg amatt
Monday, September 6
::quotes::
see ya! .nusha. tepat pada 10:21 AM 0 bdk baek yg amatt